Monday, August 27, 2007

Redhalah..

Buat Dr. Shireen
Redhalah dirimu didalam mencari redhaNYA.. lapangkan lah hatimu didalam mencari arahNYA.. dan ikhlaskanlah hatimu dalam mencintaiNYA..Cintailah kekasihNYA melebihi dari dirimu..

Sabarkanlah dirimu di dalam ujianNYa... bagi orang yang bersyukur kurniaan Allah itu adalah cahaya baginya ini bermakna Allah ingat mengingatinya... Dan tanamlah sifat malu jika ter lupakan Allah sedangkan Allah sentiasa mengingatimu setiap saat dan ketika.. Wahai diri yang sedang kesusahan dan wahai diri yang dalam kesenangan beringatlah akanNYA.. memunasabahkan diri.. sucikan dirimu..
Ya Allah, segala yang datang dan pergi adalah dariMU, kerana hanyaMU Ya Rabbi maha mengetahui lagi maha bijaksana.. dan diri kami yang terlalu lemah ini sangat memerlukanMU, setiap langkah kami ini.. helaan nafas kami.. degupan nadi ini…perlukan kasih sayangMU ya Allah…ya Allah, Tuhan yang memiliki dan mengetahui isi hati ini, hiburkanlah dan gembirakanlah kami dengan redaMU..didalam diri kami yang masih mencari redhaMU.. tidak berbelah bagi hati ini, teguh keyakinan padaMU senantiasa, sentiasa berpaut padaMU, dan padaMU jua hambaMU kembali …pasti ada hikmahnya…hiburkan hati kami ya Allah dengan redaMU…duhai hati, tegarlah selalu bersama kurniaanNya..kurniakan hidayahMU ya Allah di sepanjang jalan ini, agar terpandu mata hati kami dalam menilai permata hikmah serta kasih sayangMU dan sesungguhnya rukuk ku.. sujudku hanya untuk MU..~

Wahai Tuhan yang mengetahui isi hati kami, peliharalah dan tetapkanlah iman kami, tika kami jaga, tika kami tidur, tika kami gembira, duka, lara, gundah, tika kami berdiri dan tika kami duduk, mudahkan adanya ruang untuk kami merasa kebahagiaan dan ketenangan dalam perjuangan ini. Hadirkanlah dan kekalkan keikhlasan yang bertapak di hati ini ya Allah, luputkanlah dunia yang mendiami di hati kami. Kuatkanlah kami di samping hidayahMu Ya Allah. Tetapkanlah kami pada jalanMu yang sebenarnya ya Allah..jangan pernah Kau palingkan hati kami setelah Kau kurniakan hidayahMu kepada kami Ya Allah.”
buat dr...
semoga terus tabah..saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dr..seperti mana dr. juga selalu mendoakan untuk saya.. terima kasih dr. kerana menjadi pembakar semangat saya di saat saya jatuh..

No comments: