Tuesday, November 25, 2008

Kenapalah Macam Nie..

Ya Allah geram pun ader gak.. tapi malas nak marah orang macam tu buat sakit hati jerkk kalau layan.. ishh...ishh..ishh..
Kenapa manusia itu perlu berpura-pura. Lepas tu boleh lagi mengumpat mengutuk dekat belakang.. depan kita sikit lah punya baik.. MasyaALLAH...hari ni ada lah yang kantoi.. sedang elok bercerita tiba2 orang yang diumpat tu muncul dibalik tabir.. nak kata apa? kalau di ikutkan yang ketua mengumpat tu seorang yang bergelar Hajjah.. YA ALLAH.. ALLAH Maha Besar..
Selalu cakap pada diri sendiri.. dan berdoa supaya tidak ada sifat seperti itu.. itu bak kata orang tua sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.. kalau diikutkan sebab mulutlah dan cerita yang belum tentu benarnya boleh membuatkan seseorang itu tersasar. Suami isteri boleh bercerai bahkan mungkin boleh berbunuhan kerana apa kerana mulut kerana suka menjaga tepi kain orang. Mama selalu pesan pada aku kalau nak cakap fikir dulu.. bila bukak jerk mulut tu fikir sekejap kalau tak perlu cakap baik banyak diam. tak salah..
Entahlah kadangkala pelik bila orang suka bercerita si polan tu macam ni.. orang tu macam ni.. kenapa ekk.. sehingga disampaikan kepada orang lain.. Mata kasar yang melihat belum tentu ada kesahihannya lagi.. seeloknya bertanya atau selidik dahulu..
pada insan-insan itu aku doakan semoga ALLAH memberikan rahmat kepada mereka.. pada yang diumpat anggaplah ini asam garam dunia.. anggaplah mungkin ada kekurangan kita pada mereka dan paling aku suke lah kalau nak pujuk hati ni.. alaaa... sebenarnya korang jeless kan..kann..kann...

No comments: