Monday, December 15, 2008

Felicidades..

Semalam Mr. T ada grading Aikido. Hehhehee.. kesian dia aku punye grading next year bulan Mac.. dia dapat markah tinggi. kesian lepas habis grading dia tunjuk birat dan lebam sana sini yang dia dapat..
tanya comment aku pasal grading dia... aku tahu dia boleh buat.. chaiyokk..chaiyokk.. aku?? kalau aku setiap kali nak grading aku mesti tension.. stress gilerrr.. bukan sebab aper sebab nyer aku takut tak boleh buat.. Kak A cakap kalau sensei nyer student grading care macam nak bunuh orang.. hikkhikk.. bukan bunuh kak A we just show our techniq only.. perform what sensei already teach us.. hiikkhiikkk..
but to MR. T "felicidades para ti .. resultado de clasificación gracias por todo. usted siempre estará allí cuando lo necesito. i de verdad agradezco"
tapi kan aku nak spring dekat L perrggghh.. bayang kan dia boleh stand almost 2 hours perform the techniq.. kalau aku dah lembik dahh.. muke dia kann boleh selamberr deekk jerkk.. mcm tak ader pa perr.. robot aper budak nie.. aku dengan Mr. T kagum sungguh.. tabik spring lahh.... toooiiinnnggggg..... ayat Mr. T "so next grading is your turn we will start training from now okey.. no more fun.." BOSANN.. but what to do if dia dapat hisghest mark takkan aku nak dapat bawah pulak.. kene buat betul2.. insyaALLAH..
after grading.. makan KFC.. alamak.. lupe nak ambik gambar laa pulak.. next time k.. lepas tu gi meeting utk Dinner next year bulan julai.. aku show cover buku.. lepas comunity decided so aku still need touch up a few thing.. nanti cerita k..

Friday, December 12, 2008

Jom gie makan

Actually arie nie aku ada "DINNER" gegeggegeee.. kene pakai batik punyalah malas nak aammmattt nak pergi.. aiiyoo..orang bagi makan free pun tak mau..pakai baju batikk.. semalam aku teman Mr. T pergi beli baju batik.. hiikkkhikkk terkujat mamat tu nengok harga baju batik.. actually memang lerr mahal almaklum kiter orangzz sekarang nie dalam proses berjimat cermat dan berhemah berbelanja..
Nak jadikan cerite cari lah punya cari yang murah but tak jumpe jugak nak tak nak kene sambor jugak yang rege nyer RM 280 makkk aii.. Mr. T pun membebel lahh.. blaa...blaaa...blaa... aku buat pekak al tuli jerkk lahh sebab aku sebenar nya pun terkujat jugak dengan rege dia. aku ingat bleh dapat dalam RM 1++ jerkk.. sekali haaa ambik ko.. Mr. T boleh cakap aper tauu kat aku kalau dia tahu semahal ini baju batik nie..baik dia ambik baju batik aku tu gunting buat baju.. ewahh..ewaahhh...ewaahhh...
Nanti lah aku posting baju cantekk dia hikkhikk... okeylah busy..busy..busyy.. nanti cerita lagi..

Thursday, December 11, 2008

Kejadian tu.. kesiann..


baru lepas tengok blog seorang cikgu.. cklah.. suke sangat bace blog dia.. best.. kisah harian yang jadi titipin.. aku nie pemalas nie skit nak tulis blog.. bukan aper pun cume tak tahu nak tulis aper sebenarnya.. hikkhikk.. by the way nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kepada semua yang melawat blog nie.. actually ader banyak cerite nak diceritakan.. tapi nanti dulu..

arie nie aku nak tulis pasal kejadian tanah runtuh kat bukit antarabangsa tu.. kesian..kesian.. tapi nak buat mcm manerkan dah takdir.. cume aku ader kekesalan sedikitlah pasal tu bukan apa yer lahh dah semalam aku baca paper salah seorang mangsa memaki hamun petugas-petugas yang membantu... masyaALLAH.. hiiikkkkhiikkkk.. ketawa besar aku baca nii aku copy dari ayat anak2 cklah yang aku baca blog dia
"Apalah orang kaya tu. Dah kena tolong, marah-marah lagi!!" Kata Nabil, sambil menonton Buletin Utama! Seorang 'mangsa ' banglo runtuh di kawasan mewah 'international hill', dilihat memaki hamun petugas, sukarelawan, polis dan 'mangsa-mangsa' yang jadi mangsa datang membantu mangsa...

Kerajaan bagi penempatan sementara bagi mangsa untuk di tempatkan disekolah berhampiran semuanya menolak tak nak tinggal disitu.. teringat ckp kawan aku
"depa mana nak tinggal kat situ.. katil tak ada katil empuk..tak ada tilam empok..jatuh standard"
"Dia tak pernah hidup susah. Macam tulah!" Sampuk Nabila. (dari blog cklah)
aku hanya geleng kepala.. kemudian lepas tu terdengar keluhan dari bibir masing-masing masalah dekat mana nak tinggal.. aku renung diri aku balik alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku nikmati hari ni.. syukran Ya ALLAH.. harap2 aku tergolong dalam orang yang mensyukuri nikmat ALLAH..
Macam hari ini MB Selangor mencadangkan nak bagi 50% diskaun bagi hotel-hotel yang di bawah De' Palma Hotel, Ampang.. SENYUM AKU BACA.. JPN kemungkinan akan buat satu tempat khas untuk mangsa ini membuat kad pengenalan.. SENYUM AKU BACA... Menteri-Menteri.. YB..YB.. dan seangkatan datang melihat kawasan.. SENYUM AKU BACA.. jgn salah kan aku kalau aku tersenyum sumbing membacanya.. kerana kita telah cukup dewasa untuk memikirkannya.. (ishh..ishh... aku nie kene berprasangka baik..hehehehehee)
Pada mangsa - mangsa yang terlibat tu kita memang bersimpati.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tapi kita harus bersabar..walaupun bukan semua yang berperangai begitu.. tapi tetiba aku teringat cakap emak aku "mama antar blajar tinggi-tinggi fikir dulu sebelum buat sesuatu ok..ALLAH baru bagi ujian sikit dah mengeluh.. kalau ALLAH tarik semua nikmat baru tahu.." tu lahh kata-kata mak aku masa tu aku hilang HP yang paling mahal aku miliki aku rasa..

kita tengok gambar dalam kenangan kejadian tanah runtuh nie.. ekk

BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993.

Kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah Jen (B) Tan Sri Ismail Omar pada 20 November 2002.


tanah runtuh 31 Mei 2006 Kampung Pasir, Hulu Klang (sorry puas cari gambar dia tak jumpe..)

ini yang terbaru kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa

saya ambik dari salah satu blog.. tentang kejadian tanah runtuh..

10 Disember 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

17 September 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah

29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat

11 Disember 1993, Tragedi Highland Towers telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada 3 blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh

25 Disember 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di Km 17 Lebuh Raya Ampang-Hulu Klang

15 Mei 1999, pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satusatunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan itu

24 Februari 2000, Kejadian tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang yang meragut nyawa seorang budak berumur 4 tahun

5 Oktober 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera

20 November 2002, Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu. Banglo itu hanya terletak kirakira 300 meter dari tapak Highland Towers.

31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kirakira pukul 4.45 petang.

sekianlah kejadian yang menimpa negara.. semua itu ada hikmahnya.. ALLAH maha mengetahui apa yang yang tidak kita ketahui..


Thursday, December 4, 2008

Ekk ekk ellleee

BOSAN.. itu yang mampu aku luahkan tika dan saat ini. Actually benda kecik jerk bukan lah nak larut2 kan sampai teruk just aku tak beraba gemar.. bak kater orang perak tak gemor bebenor teman.. kisah nya begini..
1. Pagi tadi dengan ayu dan bangganya aku melangkah keluar dari keta kat tempat parking berjalan dengan control ayu nak naik pejabat kat tepi tu berdiri lah sekumpulan hamba ALLAH nie.. sempat pewitt.. kaco..kaco lagi aku yang lalu depan depa tu.. YA ALLAH dia orang nie.. tak reti berhemah langsung btul.. kot yer pun nak menekel tengok tempatlah.. dengan baju uniform yang dia orang pakai tu..buat malu kompeni jerkk..bukan senang tauu you all nak sarung baju tu.. bertahun training.. mana pergi sikap hormat dan gentleman yang telah direserapkan pada you all masa dalam latihan.. tahu lah nak mengusik tapi biarlah kene tempat dan keadaan kadang2 tak berapa sesuai.. bukan lah aku nak cakap aku nie seorang yang serius tapi entahlah aku rasa malu lah.. kesian.. hanginn jerk aku tengok.. aku rase kalau aku..lah rase malu.. tebal muka aku sepuluh depa.. YA ALLAH.. ishh..ishh..
2. insiden yang kedua aku pergi kepejabat "BIG BOSS" kepada boss aku.. aku nie memang lah jarnag ke sana. boleh kira dengan jari tak sampai pun 5 kali pun aku kesana. aku kesana sebab nak antar doc.. sebelum aku turun officer aku pesan turun saner bebaik ada jerung besar kat saner.. aku pun turun lah.. eemm aper yang officer aku cakap betul segalanya.. mcm2 bunyi ada dari perlahan bunyi kucing kepala hitam hingga bunyi kuatnya kucing kepala hitam.. bingit telinga.. nak aku sound yang buat perangai mcm tu tak payah lah ku nyatakan pangkatnya.. berbulu jerkk aku. tapi bagi aku awak seorang pegawai walaupun awak suke mengusik tapi jgn lah buat mcm tu tak elok.. kalau dia terbaca aku mintak maaf lah bukan niat aku.. cume aku tak pekenan. aku malulah..kesian.. pun ader jugakk.. biar pun mengusik biar lah kene caranya..
pada sesiapa yang berbaju uniform tu.. saya hormat anda semua sebab anda ada keberanian untuk menempuhi cabaran dan ujian sebelum baju itu tersarung pada badan anda.. berbanggalah kerana anda menjadi insan terpilih untuk itu..jagalah ia baik2. jgnlah membuatkan saya dan insan2 lain memandang nagative pada kerjaya anda kerana perlakuan anda..saya doakan anda semua dilindungi ALLAH..