Thursday, December 11, 2008

Kejadian tu.. kesiann..


baru lepas tengok blog seorang cikgu.. cklah.. suke sangat bace blog dia.. best.. kisah harian yang jadi titipin.. aku nie pemalas nie skit nak tulis blog.. bukan aper pun cume tak tahu nak tulis aper sebenarnya.. hikkhikk.. by the way nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kepada semua yang melawat blog nie.. actually ader banyak cerite nak diceritakan.. tapi nanti dulu..

arie nie aku nak tulis pasal kejadian tanah runtuh kat bukit antarabangsa tu.. kesian..kesian.. tapi nak buat mcm manerkan dah takdir.. cume aku ader kekesalan sedikitlah pasal tu bukan apa yer lahh dah semalam aku baca paper salah seorang mangsa memaki hamun petugas-petugas yang membantu... masyaALLAH.. hiiikkkkhiikkkk.. ketawa besar aku baca nii aku copy dari ayat anak2 cklah yang aku baca blog dia
"Apalah orang kaya tu. Dah kena tolong, marah-marah lagi!!" Kata Nabil, sambil menonton Buletin Utama! Seorang 'mangsa ' banglo runtuh di kawasan mewah 'international hill', dilihat memaki hamun petugas, sukarelawan, polis dan 'mangsa-mangsa' yang jadi mangsa datang membantu mangsa...

Kerajaan bagi penempatan sementara bagi mangsa untuk di tempatkan disekolah berhampiran semuanya menolak tak nak tinggal disitu.. teringat ckp kawan aku
"depa mana nak tinggal kat situ.. katil tak ada katil empuk..tak ada tilam empok..jatuh standard"
"Dia tak pernah hidup susah. Macam tulah!" Sampuk Nabila. (dari blog cklah)
aku hanya geleng kepala.. kemudian lepas tu terdengar keluhan dari bibir masing-masing masalah dekat mana nak tinggal.. aku renung diri aku balik alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku nikmati hari ni.. syukran Ya ALLAH.. harap2 aku tergolong dalam orang yang mensyukuri nikmat ALLAH..
Macam hari ini MB Selangor mencadangkan nak bagi 50% diskaun bagi hotel-hotel yang di bawah De' Palma Hotel, Ampang.. SENYUM AKU BACA.. JPN kemungkinan akan buat satu tempat khas untuk mangsa ini membuat kad pengenalan.. SENYUM AKU BACA... Menteri-Menteri.. YB..YB.. dan seangkatan datang melihat kawasan.. SENYUM AKU BACA.. jgn salah kan aku kalau aku tersenyum sumbing membacanya.. kerana kita telah cukup dewasa untuk memikirkannya.. (ishh..ishh... aku nie kene berprasangka baik..hehehehehee)
Pada mangsa - mangsa yang terlibat tu kita memang bersimpati.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tapi kita harus bersabar..walaupun bukan semua yang berperangai begitu.. tapi tetiba aku teringat cakap emak aku "mama antar blajar tinggi-tinggi fikir dulu sebelum buat sesuatu ok..ALLAH baru bagi ujian sikit dah mengeluh.. kalau ALLAH tarik semua nikmat baru tahu.." tu lahh kata-kata mak aku masa tu aku hilang HP yang paling mahal aku miliki aku rasa..

kita tengok gambar dalam kenangan kejadian tanah runtuh nie.. ekk

BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993.

Kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah Jen (B) Tan Sri Ismail Omar pada 20 November 2002.


tanah runtuh 31 Mei 2006 Kampung Pasir, Hulu Klang (sorry puas cari gambar dia tak jumpe..)

ini yang terbaru kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa

saya ambik dari salah satu blog.. tentang kejadian tanah runtuh..

10 Disember 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

17 September 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah

29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat

11 Disember 1993, Tragedi Highland Towers telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada 3 blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh

25 Disember 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di Km 17 Lebuh Raya Ampang-Hulu Klang

15 Mei 1999, pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satusatunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan itu

24 Februari 2000, Kejadian tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang yang meragut nyawa seorang budak berumur 4 tahun

5 Oktober 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera

20 November 2002, Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu. Banglo itu hanya terletak kirakira 300 meter dari tapak Highland Towers.

31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kirakira pukul 4.45 petang.

sekianlah kejadian yang menimpa negara.. semua itu ada hikmahnya.. ALLAH maha mengetahui apa yang yang tidak kita ketahui..


2 comments:

ckLah @xiiinam said...

kantoi lah pulak...


pss...sebenarnya ckLah pernah jadi mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang masa kat UM dulu...masa ni ckLah dah dpt bnyk pengajaran...bila ada musibah,banyak bantuan diterima bahagian HEP univ. termasuk menubuhkan tabung bantuan itu ini...nampak perihatin amat....tapi hakikatnya, kami mangsa kebakaran...hampeh!!!

BlueHyppo said...

makacih cklah sebb jengah blog saya..

begitulah hakikatnya.. tak seindah rupa..hargailah apa yang kita miliki laa ni cklah.. esok lusa belum tentu ada peluang kan..