Wednesday, November 26, 2008

Erti Hidup

Pagi tadi dengar lagu nie dkt MHI. entah lah.. termenung sekejap memikirkan liku-liku hidup yang aku lalui... dari dulu sampai kini. Saat aku jatuh dan bangun..kesakitan yang aku lalui.. emm.. dihitung banyak juga air mata yang tertumpah.. sesekali bila di toleh semula terfikir bagai mana aku boleh lalui semua ini.. yang pasti semua nya mengajar aku erti tabah.. ilmu yang tiada di sekolah...


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…
Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi
Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

Tuesday, November 25, 2008

Kenapalah Macam Nie..

Ya Allah geram pun ader gak.. tapi malas nak marah orang macam tu buat sakit hati jerkk kalau layan.. ishh...ishh..ishh..
Kenapa manusia itu perlu berpura-pura. Lepas tu boleh lagi mengumpat mengutuk dekat belakang.. depan kita sikit lah punya baik.. MasyaALLAH...hari ni ada lah yang kantoi.. sedang elok bercerita tiba2 orang yang diumpat tu muncul dibalik tabir.. nak kata apa? kalau di ikutkan yang ketua mengumpat tu seorang yang bergelar Hajjah.. YA ALLAH.. ALLAH Maha Besar..
Selalu cakap pada diri sendiri.. dan berdoa supaya tidak ada sifat seperti itu.. itu bak kata orang tua sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.. kalau diikutkan sebab mulutlah dan cerita yang belum tentu benarnya boleh membuatkan seseorang itu tersasar. Suami isteri boleh bercerai bahkan mungkin boleh berbunuhan kerana apa kerana mulut kerana suka menjaga tepi kain orang. Mama selalu pesan pada aku kalau nak cakap fikir dulu.. bila bukak jerk mulut tu fikir sekejap kalau tak perlu cakap baik banyak diam. tak salah..
Entahlah kadangkala pelik bila orang suka bercerita si polan tu macam ni.. orang tu macam ni.. kenapa ekk.. sehingga disampaikan kepada orang lain.. Mata kasar yang melihat belum tentu ada kesahihannya lagi.. seeloknya bertanya atau selidik dahulu..
pada insan-insan itu aku doakan semoga ALLAH memberikan rahmat kepada mereka.. pada yang diumpat anggaplah ini asam garam dunia.. anggaplah mungkin ada kekurangan kita pada mereka dan paling aku suke lah kalau nak pujuk hati ni.. alaaa... sebenarnya korang jeless kan..kann..kann...